Hartalega catat keuntungan bersih lebih besar RM31.64 juta

BeritaHarian Tue, Feb 10, 2026 03:47pm - 3 weeks View Original


Hartalega Holdings Bhd - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Hartalega Holdings Bhd - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Hartalega Holdings Bhd meningkat 62 peratus kepada RM31.64 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2025, berbanding RM19.51 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun hasil bagi suku dikaji merosot 29 peratus kepada RM527.25 juta daripada RM738.19 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan bersih meningkat empat peratus kepada RM62.55 juta daripada RM60.06 juta, manakala hasil susut 18 peratus kepada RM1.62 bilion berbanding RM1.97 bilion, demikian menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Kumpulan mengaitkan prestasi yang bertambah baik kepada kadar penggunaan loji yang lebih tinggi, peningkatan kecekapan didorong automasi serta inisiatif pengoptimuman kos yang berterusan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong, berkata prospek jangka panjang sektor sarung tangan kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap penggunaan yang secara strukturnya lebih tinggi serta konsistensi pesanan yang semakin baik.

"Walaupun persekitaran operasi semasa mencabar, proses penormalan inventori industri secara berperingkat telah menyumbang kepada corak pesanan yang lebih konsisten, menandakan jangkaan kembalinya kestabilan permintaan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keadaan pasaran yang sukar dijangka berterusan dalam tempoh terdekat, khususnya di tengah-tengah ketidaktentuan perdagangan global yang berlarutan, persaingan yang semakin sengit di pasaran bukan Amerika Syarikat (AS) serta kapasiti bekalan baharu yang mula beroperasi di Asia Tenggara.

Kumpulan itu menjangkakan tumpuan berterusan terhadap pengukuhan automasi akan menghasilkan peningkatan ketara dalam kecekapan pengeluaran, sekali gus memastikan ia kekal berdaya saing dari segi kos dan berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan mampan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.830
HARTA 0.840

Comments

Login to comment.