Pengasas PEOPLElogy raih anugerah Pemimpin Cemerlang Asia

BeritaHarian Thu, Dec 04, 2025 07:31pm - 3 months View Original


Pengasas PEOPLElogy Bhd, Allen Lee.
Pengasas PEOPLElogy Bhd, Allen Lee.

KUALA LUMPUR: Pengasas PEOPLElogy Bhd, Allen Lee, mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah ACES 2025 di bawah kategori Pemimpin Cemerlang di Asia. Pengiktirafan antarabangsa ini meraikan kepimpinan berwawasan, daya tahan serta impak transformatif beliau dalam membentuk ekonomi masa depan Asia.

Anugerah yang disampaikan di InterContinental Bali Resort itu mengiktiraf pemimpin yang menjelmakan kecemerlangan berwawasan dan bertindak sebagai pemangkin perubahan serantau. Majlis berkenaan turut menyorot perjalanan keusahawanan Allen yang luar biasa, di mana beliau berjaya mengubah kesukaran awal menjadi kepimpinan yang membentuk pembangunan tenaga kerja serantau hari ini.

-Advertisement-

Di sebalik kejayaan korporat, Allen memikul misi kemanusiaan dengan sasaran memberi impak kepada 10 juta nyawa menjelang tahun 2030. Pandangan berpaksikan misi ini menjadi faktor utama pemilihannya pada tahun ini, mencerminkan komitmen syarikat untuk memperkasakan masyarakat melalui pendidikan dan kemahiran digital.

Di bawah kepimpinannya, PEOPLElogy, syarikat pembangunan manusia bersepadu pertama yang tersenarai awam di Malaysia, telah memperkasakan lebih 250,000 individu dengan kemahiran digital. Usaha ini disokong oleh Rangka Kerja 6D proprietari syarikat, satu pendekatan bersepadu yang memacu pembelajaran digital berskala serta pembangunan bakat sejajar keperluan industri semasa.

Mengulas mengenai pengiktirafan itu, Allen menyifatkan anugerah berkenaan sebagai satu penghormatan luar biasa dan peringatan tentang tanggungjawab berat dalam menerajui transformasi tenaga kerja digital. Beliau percaya apabila orang ramai dilengkapi kemahiran digital yang betul, mereka memperoleh peluang yang dapat meningkatkan taraf hidup keluarga, industri dan komuniti.

Beliau menegaskan, misi syarikat adalah memberi impak kepada 10 juta nyawa menjelang 2030, sentiasa memperkasakan orang ramai melalui pembelajaran, inovasi dan tujuan. Selain pencapaian individu, pengiktirafan ACES turut memuji keupayaan Allen menggabungkan inovasi dengan nilai berpusatkan manusia, membentuk budaya kerja berlandaskan semangat, kerendahan hati, pembelajaran berterusan dan kegembiraan dalam organisasi.

Inisiatif syarikat termasuk Pasukan Bina Masa Depan atau "Build A Future Team" (BAFT) turut menerima pujian kerana berjaya mengintegrasikan peningkatan kemahiran digital dengan laluan kebolehpasaran. Usaha strategik ini mencipta impak sosial dan ekonomi yang nyata, merapatkan jurang bakat kritikal.

Pengiktirafan ini hadir ketika syarikat sedang mengembangkan sayap ke seluruh Asia Tenggara, termasuk Indonesia dan Filipina. Langkah pengembangan ini mencerminkan usaha strategik Allen membina ekosistem pembelajaran serantau yang menghubungkan pembinaan keupayaan dengan peluang kerjaya serta ekonomi berimpak tinggi.

Di peringkat nasional, PEOPLElogy bersedia memainkan peranan strategik selaras dengan Rancangan Malaysia ke-13, ekonomi MADANI dan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030. Syarikat komited membantu sektor awam dan swasta membina tenaga kerja yang berdaya saing, inklusif dan bersedia untuk masa hadapan.

Anugerah ACES menjadi penanda aras serantau bagi kecemerlangan kepimpinan berasaskan tujuan, melibatkan lebih 500 pemimpin korporat berpengaruh. Kemenangan Allen ini memperkukuhkan kedudukan PEOPLElogy sebagai penggerak utama pembangunan modal insan digital di Malaysia dan Asia. Sehingga kini, kumpulan itu telah melatih lebih 400,000 bakat melalui pelbagai program peningkatan kemahiran, merapatkan jurang kemahiran global melalui penyelesaian holistik.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

PEOPLE 0.250

Comments

Login to comment.